top of page
Search

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Pisang Ketika Diet !!!

  • MUHAMMAD SYARIZAL
  • Apr 20, 2017
  • 2 min read

Rakyat Malaysia paling gemar makan pisang goreng, apatah lagi dihidang panas-panas jika dibandingkan jika makan buah pisang itu mentah-mentah. Terdapat pelbagai jenis dan saiz pisang di dunia ini dan biasanya paling banyak ditemui adalah pisang berwarna kuning. Dari jenis yang berwarna hijau, kuning sehinggalah kepada pisang yang berwarna merah jambu. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning kerana semakin merah buahnya, semakin tinggi kandungan karotenanya.

1)Sumber Tenaga

Pisang mengandungi gula seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandungan serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisang amat ideal sebagai sumber tenaga. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

2)Anemia

Buah pisang juga amat tinggi kandungan zat besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Bagi mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah zat besi dalam tubuh.

3)Melegakan sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang, ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

4)Melegakan pedih ulu hati dan ‘morning sickness’

Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘morning sickness’.

5)Penyembuhan Bagi Perokok

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.

6)Tekanan Darah

Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.

7)Mencerdaskan Otak

Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.

8)Penghadaman

Kandungan fiber yang tinggi di dalam pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.

9)Saraf

Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.

10) Ulser

Pisang adalah buah yang enak dan lemabut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap asid di dalam usus.


 
 
 

Komentarze


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Money Back Guarantee

Jangan risau, kami sedia memulangkan duit anda jika produk tidak berkesan(Tertakluk pada T&C). Sudah ramai pengguna yang membeli dari kami. Syarikat kami juga sudah lebih 1 tahun menjual secara online

© 2017 by Muhammad Syarizal b. Rahim/ 6April

bottom of page