BILA BERDIET ANDA BOLEH MENJIMATKAN PERBELANJAAN BULANAN !!!
- SYAHIRAH RAHIM 12.20PM
- Apr 22, 2017
- 2 min read

Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.Ini menjurus kepada masalah kewangan keluarga serta cara kita berfikir untuk aturkan perbelanjaan kita seharian.
Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Adakah kita berbelanja mengikut kemampuan atau keperluan sahaja berbanding kehendak yang membazir.
1) Anda kena plan makanan harian dengan bijak
Dengan harga makanan kini yang makin mahal,anda perlulah berjimat untuk perbelanjaan di tempat kerja anda mungkin akan sarapan pagi,tengahari dan minum petang sebelum anda pulang kerumah .
Dengan cara membawa bekalan dariapada rumah anda mungkin akan dapat berjimat banyak sangat perbelanjaan hanya dengan membawa bekalan siap daripada rumah sehingga anda pulang kerumah.
Apabila anda memasak sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan kewangan malah masakan yang kita masak diyakin kebersihannya berbanding beli diluar.
2)Jagan biasakan beli barangan diet di shopping yang terlalu mahal harganya.
Jika kita tahu bandingkan harga barang basah atau kering di shoping ataupun kedai runcit yang kita tahu perbezaan hargannya agak ketara, kita kena ambil langkah agresif membeli barang di tempat yang murah walauun berpezaan harganya tidak banyak beza. Ini juga memainkan peranan penting dalam perbelajaan kita seharian
3)Elakkan Melepak sehingga lewat malam
Tabiat ini sangatlah penting kerana ketika anda berdiet, amalan melepak diluar sangatlah bahaya kerana ini mengundang kepada anda makan lewat waktu atas pengaruh rakan anda serta meningkatkan perbelanjaan anda.Daripada anda melepak perkara yang tidak mendatangkan hasil kepada anda, baik anda berehat dirumah
Kesimpulanya, jika anda sedang berdiet sebenarnya melatih anda untuk menjaga kesihatan malah melatih anda untuk berjimat membelanjakan kewangan anda .Perkara ini yang perlu diterapakan kepada rakyat Malaysia pada hari ini yang suka makan diluar terutama di kedai hipster yang harganya agak mahal dan makan di Restoran Fast Food yang menjanjikan kesihatan anda yang mendatangkan kemudaratan penyakit di akhir kehidupan anda. Nasihat saya pada anda , berfikir dahulu sebelum bertindak.
Comments