Ini Akibatnya Jika Ambil Ubat Pelangsingan Badan. Kesannya Sangat Mengejutkan!!!
- Muhammad Syarizal
- Apr 21, 2017
- 2 min read

Ramai sedia maklum penggunaan pil diet ini mempunyai risiko terhadap kesihatan. Namun, penjualan ubat kurus, pil diet atau pil pelangsingan badan tetap dilangsungkan kerana ia menjadi suatu peluang perniagaan yang cukup menguntungkan. Malahan golongan sasaran yang menggunakan produk pelangsingan kebanyakannya terdiri daripada wanita muda.
Ubatan herba yang mengandungi bahan ephedra juga sama strukturnya dengan amphetamine. Sebab itu penagih dadah jenis ini biasanya tidak tidur malam, tidak lapar dan sentiasa aktif sehinggakan boleh menyebabkan perlakuan agresif.
Dalam keadaan gian, penagih akan merasa lapar dan banyak makan. Kerana itu pengguna ubat kurus jenis ini biasanya mendapat rebound atau mengalami kenaikan berat badan mendadak sehingga dua kali ganda apabila berhenti.
Tidak dapat dinafikan ada negara yang belum mengharamkan penggunaan sibutramine tetapi preskripsinya dibuat di bawah pengawasan rapi doktor. Dosnya juga dikawal sekitar 10 ke 15 mg bagi tujuan penurunan berat badan pesakit obesiti melampau sahaja.
Pesakit yang mempunyai penyakit mental atau sejarah penyakit keturunan jenis bipolar tidak dibenarkan menggunakan ubat ini. Kerajaan membuat keputusan terbaik dengan mengharamkan penggunaan sibutramine. Ada pelbagai kaedah perubatan lain termasuk senaman dan diet yang masih boleh digunakan untuk tujuan menguruskan badan.
Baru-baru ini juga, heboh diperkatakan tentang kes pil langsing badan yang telah menyebabkan seorang warga Singapura meninggal dunia berikutan hatinya gagal berfungsi, manakala seorang lagi terpaksa menjalani pemindahan hati. Sekurang-kurangnya ada 13 lagi kes berkaitan sedang dirawat di hospital. Apakah ini satu trend wanita masa kini, sanggup bergadai nyawa untuk memiliki tubuh yang langsing? Walau apapun persoalannya, amalan ini bukan sahaja merugikan malah tanpa disedari boleh membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa sendiri.
Dalam kejadian di atas, pil langsing herba yang mereka gunakan telah dikesan mengandungi “fenfluramine” dan ‘nicotinamide” yang telah diharamkan penggunaan dan penjualannya hampir di seluruh dunia.
Apa itu Sintetik Sibutramine?
Kajian menunjukkan ubatan tradisional yang digunakan untuk rawatan kegemukan sebenarnya mengandungi sintetik sibutramine. Sibutramine berfungsi sebagai penahan lapar dan struktur molekulnya hampir sama dengan amphetamine, bahan sama untuk dadah jenis syabu atau ais.
Ramai sedia maklum penggunaan pil diet ini mempunyai risiko terhadap kesihatan. Namun, penjualan ubat kurus, pil diet atau pil pelangsingan badan tetap dilangsungkan kerana ia menjadi suatu peluang perniagaan yang cukup menguntungkan. Malahan golongan sasaran yang menggunakan produk pelangsingan kebanyakannya terdiri daripada wanita muda.
Apakah itu Fenfluramin?
Fenfluramin tergolong dalam kumpulan ubat anoretik yang bertindak mengurangkan paras serotonin di dalam otak. Ia merencat selera makan dan seterusnya mengakibatkan pengambilnya mengalami penyusutan berat badan. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai pengutus saraf di dalam otak.
Ia juga bertindak menghalang serotonin di dalam plasma darah daripada diserap ke dalam platelet (sel-sel pembekuan dalam darah) menyebabkan paras serotonin di dalam darah meningkat.
Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan dan kes berkaitan dengan pengambilan pelangsingan badan, beringatlah bahawa untuk kurus atau mendapatkan susuk tubuh yang langsing, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tidak mustahil anda berjaya mendapatkannya. Cuma ingin ditekankan di sini ialah tiada jalan pintas dan tiada produk atau pil-pil magik dalam usaha anda untuk kurus dengan cepat. Ini kerana nikmat yang paling baik ialah memiliki tubuh badan yang sihat.
Comments