Cara Kecilkan Peha Yang Melayut Dalam Masa 1 Minggu Sahaja !!
- Syahirah Rahim
- Apr 22, 2017
- 2 min read

Ingin memiliki susuk tubuh yang cantik,setiap wanita perlulah menjaga kesihatan pada setiap supaya keyakinan untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja. Ingin Memiliki bentuk badan yang sempurna adalah impian bagi setiap wanita Malaysia kini.
Tetapi peha dan betis yang besar sering menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesempurnaan itu. Ada yang diet dan melakukan senaman tetapi paha dan betisnya masih sama. Persoalannya, adakah anda melakukan teknik senaman yang betul?
Pada hari minngu ini,saya ingin berkongsi pada anad semua tips yang agak mudah untuk anda gunakan dalam kehidupan seharian anda bagi mengatasi masalah peha dan betis yang agak besar. Tips yang akan saya kongsikan ini,haruslah diamalkan setiap hari sehingga anda akan nampak perubahannya.
1) Anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang
berminyak atau berlemak .
Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama paha dan betis yang besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan anda. Secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan anda.
2) Anda perlulah mengambil makanan yang tinggi seratnya.
Tahukah anda makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membantuk untuk mengurangkan saiz paha dan betis anda? Ini kerana makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurng lemak dan secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.
Melakukan senaman
3)Melakukan senaman ringan
Antara senaman yang baik untuk paha dan betis ialah berjalan atau berjogging. Kaki anda merupakan otot utama untuk kedua-dua senaman ini. Jika anda tidak mampu untuk berjogging, anda boleh juga berjalan secara perlahan atau berlari setempat. Fungsi dan kesannya tetap sama. Jadi tiada alasan untuk anda tidak membuat senaman ini!
4) Perbanyakkan minum air putih
Anda di nasihatkan perbanyakkan minum air putih kerana ia berfungsi melarutkan lemak-lemak yang tertimbun di dalam badan anda.Jika setiap hari anda minum 2-3liter sehari,lemak akan perlahan-lahan akan berkurangan.
4) Melakukan aktiviti renang
Jika anada tidak suka joging ataupun tidak suka melakukan senaman yang berat, renang adalah salah satu cara yang terbaik untuk kesihatan bagi mengecilkan peha anda. berenang disebutkan sebagai olahraga aerobik didalam air yang cukup baik dan membantu pembakaran emak dengan lebih cepat.
Berenang setiap hari selama 30-40 menit.
Terapkan gaya dada, gaya punggung, kupu-kupu dan freestyle.
Jika Anda tidak boleh gaya dalam berenang, cukup rendam bahagian peha dan kaki di dalam air.
5) Lakukan aktiviti berbasikal di waktu petang
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan perkara terbaik untuk pinggul dan sendi lutut.
Comments