Anda Kerap Berasa Lapar Ketika Diet ?? 5 Penyebab Utama Dan Cara Berkesan Mengatasinya...
- MUHAMMAD SYARIZAL
- Apr 20, 2017
- 4 min read

“Kelaparan adalah keperluan fisiologi terhadap kalori, garam, dan air, dan ia didorong oleh gabungan faktor, termasuklah diet anda, hormon selera makan, dan juga faktor-faktor emosi, seperti tekanan,” kata Maggie Moon, RD, pakar pemakanan yang berpusat di Los Angeles.
Mesti ada sesuatu yang lain membuatkan ini berlaku.
Berikut antara 5 sebab mengapa anda sentiasa lapar dan ia mudah untuk dielakkan, dan hari juga kami akan bantu anda untuk memastikan bahawa kelaparan anda itu diatasi.
1)Anda Skip Makan

Jika anda berfikir anda akan kehilangan 20kg dengan mengamalkan cara yang selamat iaitu skip waktu makan dan mengurangkan kalori, sebenarnya anda silap.
Apabila anda melangkau waktu makan, anda memaksa badan anda ke mod kelaparan, yang bermakna anda akan ketagih untuk makan segala-galanya yang ada di depan mata, sekaligus menyimoannya sebagai lemak dan bukannya diguna untuk mengisi perut anda. Ini membuatkan anda lapar sepanjang masa dan juga membuat berat badan anda bertambah.
Jadi, anda mahu makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari, bukan?
Mari kita mulakan dengan sarapan pagi.Ia mudah untuk anda skip sarapan pagi semata-mata untuk tidur tambahan selama lima minit, tetapi kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak bangun untuk sarapan pagi yang berkhasiat sebenarnya akan lebih berasa lapar dan mengidam makanan lemak lebih tinggi pada waktu siang hari.
Penyelesaian: Kenalpasti sarapan sihat yang menjimatkan masa anda supaya anda tidak akan terlepas hidangan yang paling penting untuk memulakan hari anda. Jika anda mendapati diri anda menahan kelaparan apabila anda makan 3 kali sehari, anda mungkin mahu bertukar jadual kepada makan enam hidangan kecil sehari. Dengan cara ini metabolisme anda sentiasa bekerja dan tidak akan meminta makanan lagi.
2)Anda Makan Terlalu Cepat

Anda mungkin mempunyai kecenderungan untuk ‘melahap’ makanan di dalam mulut anda apabila anda sangat sibuk tanpa berfikir tentang bagaimana anda sebenarnya memberi permasalahan yang serius bagi sistem pencernaan anda. Sudah pasti, anda menelan makanan yang sihat, tetapi anda akan berasa lapar dalam beberapa minit selepas makan.
Apa yang berlaku?
Pertimbangkan ini: ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk otak anda mendapatkan isyarat dari sistem pencernaan anda bahawa perut anda sudah penuh. Katakan anda tergesa-gesa mengambil makan tengah hari yang berkhasiat dan seimbang dalam 10 minit. Otak anda akan terus berfikir anda lapar dan anda hanya akan terus makan walaupun perut anda penuh.Lihatlah bagaimana ia sebenarnya mudah untuk anda makan berlebihan?
Selain memberi signal untuk otak anda, terdapat hormon lain yang bergantung kepada corak pemakanan anda yang juga memerlukan masa untuk bekerja. Kajian telah membuktikan bahawa apabila anda mengambil masa yang lama untuk mengunyah makanan anda, anda tidak hanya mengambil 10% kurang kalori, tetapi anda juga akan terasa penuh apabila anda selesai makan.
Penyelesaian: Makan seperti anda berada di mod diet dan mengunyah setiap suapan antara 5-50 kali sebelum menelan; atau meletakkan garpu anda ke bawah selepas setiap suapan untuk melambatkan kunyahan anda.
3)Anda terlalu Stress

Apabila anda berada di bawah tekanan yang berterusan, hormon anda akan kucar kacir, anda tidak boleh tidur, dan selera anda menjadi di luar kawalan. Itulah sebabnya kebanyakan kita terlebih makan apabila tiba musim cuti; tekanan mencetuskan hormon yang menyebabkan kita mengidam untuk makan makanan tanpa berjaga-jaga.
Anda perhatikan, badan yang tertekan mengeluarkan hormon seperti adrenalin dan kortisol yang membuat badan anda rasa ia memerlukan banyak tenaga untuk melawan tekanan. Anda tidak benar-benar lapar, tetapi badan anda memberitahu anda untuk menjadi lapar sehingga dapat bersedia untuk mengeluarkan anda dari keaadaan yang tertekan tersebut.
Penyelesaian: Mengekalkan kesihatan, letakkan almonds rangup di meja tempat kerja anda, buat secawan teh hijau panas, dan berehat seketika untuk berjalan di luar dan menyerap vitamin D dari matahari.
4)Anda Tidak Minum Cukup Air

Apabila kita mengalami dehidrasi, hipotalamus kita iaitu bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan dahaga, mula panik. Ia menjadikan badan anda berfikir anda lapar apabila anda sebenarnya hanya dahaga.
Pastikan anda selalu minum air sepanjang hari kerana anda akan menikmati seribu manfaat kesihatan yang luar biasa.
Jika anda berasa lapar, minum segelas besar air dan tunggu 20 minit untuk isyarat sampai ke otak anda bahawa anda ‘penuh’. Jika anda rasa okay, anda mungkin hanya dahaga. Jika anda lapar tetapi anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan pengambilan kalori anda, air akan menjadi rakan anda yang terbaik.
Penyelesaian: Kekalkan tahap bendalir anda dengan memilih air lemon segar dan air kelapa, dan makan makanan padat air seperti tembikai dan timun untuk menghilangkan dehidrasi kerana kelaparan.
5)Anda Tidak Mendapatkan Tidur Berkualiti Secukupnya

Tidur adalah menakjubkan. Badan anda menggunakan masa anda tidur tersebut untuk mengurangkan tahap kortisol akibat tekanan dan menyimpan hormon-hormon kelaparan anda. Jika pada anda ia tidak cukup penting, baca ini:
Apabila anda tidak dapat rehat sepenuhnya pada waktu malam, ghrelin, hormon yang bertanggungjawab untuk merangsang selera makan anda, meningkat; dan leptin, hormon yang membuat anda berasa kenyang, jatuh menjunam. Ini sebenarnya bukan keadaan yang ideal untuk badan anda, melainkan jika anda mahu ia mendapatkan tenaga dari karbohidrat, lemak, dan kafein.
Menurut satu kajian, apabila wanita tidur kurang daripada empat jam, mereka consume 300 kalori tambahan dan 21 gram lemak pada hari berikutnya! Semua ini kerana mereka mungkin merasakan kesan ketidakseimbangan tahap hormon dan ketagihan makanan.
Lelaki juga tidak terkecuali; kajian yang dijalankan ke atas manusia menunjukkan bahawa peserta yang hanya tidur empat jam makan lebih banyak kalori dan sebenarnya berasa lebih lapar pada keesokan harinya.
Penyelesaian: Belajar cara bagaimana untuk mengatasi insomnia melalui diet supaya anda boleh tidur cepat, dapatkan tidur berkualiti, dan hilangkan kelaparan pada hari berikutnya.
Kesimpulan
Sekarang anda tahu anda perlu tidur lebih, mengimbangi diet anda, minum banyak air putih dan kekal terhidrat, perasaan untuk sentiasa lapar akan hilang dengan sendirinya.
Kami berkongsi tentang diet dan faktor-faktor mempengaruhi gaya hidup anda hari ini, tetapi perlu diingat bahawa isu-isu seperti ketidakseimbangan hormon, dan ubat-ubatan tertentu mungkin penyebab perut anda merungut untuk diisi.
Jika anda tidak dapat melawan rasa lapar anda menggunakan tips ini, anda boleh consult dengan doktor jika sesuatu berlaku
Comentarios