top of page
Search

Punca Perut Anda Buncit Dan 5 Cara Mudah Untuk Mengatasinya

  • MUHAMMAD SYARIZAL
  • Apr 20, 2017
  • 4 min read

Pernah tak anda rasa seperti bertambah dua kilo setiap kali selepas makan? Sedangkan hidangan anda biasa-biasa sahaja dari segi kuantitinya kan. Macam pelik!

Masalah perut buncit merupakan perkara biasa bagi ramai orang. Ia sudah tentu tidak menyenangkan, tetapi jika anda mengalaminya secara kerap, apa yang anda boleh lakukan?

Kami kongsikan terlebih dahulu antara punca-punca yang menyebabkan anda mengalami masalah perut buncit dan kembung.

Antaranya adalah:

  • makan berlebihan

  • kurang olahraga dan senaman

  • pemanis tiruan

  • gaya hidup

  • stress

  • kerap mengambil minuman bergas

  • perubahan hormon

Berikut adalah 5 tips untuk membantu anda mengurangkan masalah perut buncit yang membuat anda rasa tidak selesa dan mendapatkan perut kempis yang diidamkan:

1)Singkirkan Minuman Berkarbonat

Maaf ya pencinta minuman berkarbonat, sebabnya dengan minuman berkarbonat yang banyak tersebut, ia mungkin menjadi punca utama perut anda buncit. Minuman tersebut mungkin lazat dan sedap, tetapi anda juga “menelan” buih karbon dioksida, dan udara tambahan itu berada di dalam perut anda yang mana boleh menyebabkan masalah perut buncit yang serius.

Punca utama perut buncit adalah kandungan gas. Sebenarnya, terdapat juga gas yang dihasilkan dalam badan kita. Karbon dioksida adalah pantang utama untuk mendapat perut yang kempis. Jika anda menghadapi masalah perut buncit dan gassiness, berhentilah mengambil minuman berkarbonat dan lihat apa perubahan yang akan anda rasai.

Selain itu, minuman berkarbonat juga akan menyebabkan seribu satu kesan negatif terhadap kesihatan anda, seperti penambahan berat badan yang tidak diinginkan dan penyakit jantung! Jadi, lebih baik untuk berhenti sekarang.

2) Kuantiti Makanan Lebih Kecil

Rasa buncit dan berasa seperti disumbat dengan makanan yang banyak adalah satu perasaan yang sama. Namun, ia adalah normal untuk berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang besar, jadi apa yang anda boleh lakukan?

Kurang makan adalah permulaannya, tetapi anda tidak mahu berlapar bukan? Itulah sebabnya ia sangat membantu anda, bukan sahaja makan makanan dalam kuantiti lebih kecil, tetapi makan dengan lebih kerap.

Contohnya, jika anda makan tiga hingga lima kali sehari, tetapi masih makan sekitar jumlah yang sama, iaitu kuantiti yang sedikit, anda akan berasa lebih selesa selepas setiap hidangan, kerana anda tidak perlu untuk mencerna terlalu banyak makanan pada satu masa.

Kajian mendapati ia sebenarnya berguna bukan sahaja untuk perut anda tetapi untuk tahap tenaga anda juga bila mana makan dengan kuantiti makanan lebih kecil secara lebih kerap. Cubalah! Anda boleh mendapatkan lebih daripada satu manfaat daripada perubahan itu.

3)Tidak Melakukan Senaman Sejurus Selepas Makan

Menjadi sangat aktif selepas makan boleh menggagalkan dan menjadikan proses penghadaman anda ‘kucar-kacir’, yang mana boleh membawa kepada rasa tidak selesa dan mungkin juga pitam.

Pernah berlari selepas makan, dan ia telah menyebabkan anda berasa loya dan mahu muntah? Ini kerana badan anda dijadikan untuk berehat ATAU bekerja, bukan kedua-duanya pada masa yang sama. Berehat adalah untuk penghadaman – kerja adalah untuk aktiviti fizikal.

Apabila badan anda sedang cuba untuk menghadam makanan tetapi tiba-tiba anda merubah ke dalam “mod kerja” dengan berjalan atau bersenam, anda akan menghadapi masalah dengan proses penghadaman anda sekaligus membuat perut anda berasa tidak selesa, dan keadaan ini juga boleh mengurangkan keupayaan anda untuk bekerja dengan berkesan.Berikan diri anda rehat selama satu atau dua jam selepas makan sebelum anda mulakan sebarang senaman.

4)Hati-hati Bagaimana Anda Makan

Minuman berkarbonat bukanlah satu-satunya sumber udara dan gas yang anda telan. Anda juga boleh menelan udara dalam proses biasa bila anda makan dan minum, yang mana boleh mengakibatkan perut anda kembung dan buncit.

Jika anda makan sambil bercakap, makan dengan terburu-buru, mengunyah gula-gula getah, minum dengan tegukan yang besar atau melalui straw, sebenarnya anda mungkin juga akan menelan udara tanpa disedari. Berikut adalah beberapa tips:

  • Makan perlahan-lahan

Kunyah perlahan-lahan dengan mulut anda ditutup – dan pastikan anda hanya mendengar setiap perbualan, bukannya bercakap apabila makanan ada di dalam mulut – adalah cara yang baik untuk mengurangkan jumlah udara yang anda telan dan masuk dalam badan.

  • Tidak minum menggunakan straw

Sama ada minum tanpa menggunakan straw, atau pastikan anda tidak bernafas melalui hidung ketika sedang minum melalui straw adalah cara yang betul. Begitu juga dengan minum tanpa straw: cuba untuk tidak multi-tasking maksudnya elakkan bernafas dan minum pada masa yang sama.

  • Kurangkan mengunyah gula-gula

Sama seperti bercakap apabila ada makanan di dalam mulut anda, mengunyah gula-gula adalah cara yang mudah bagi udara tambahan masuk ke dalam badan anda. Cuba untuk kurangkan mengunyah gula-gula jika anda menghadapi masalah perut kembung dan buncit.

5) Masak Sayuran Anda

Sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda dalam banyak cara yang berbeza. Walau bagaimanapun, sayur-sayuran adalah tinggi dengan serat tidak larut. Sebatian-sebatian ini akan memudahkan makanan yang masuk ke dalam perut anda untuk melalui sistem pencernaan dengan lebih mudah, tetapi kadang-kadang ia juga sukar untuk badan anda mencerna makanan, yang mana boleh menyebabkan gas berlebihan dan perut anda akan menjadi buncit.

Penyelesaiannya mudah iaitu dengan memasak sayur-sayuran anda secara lebih kerap.

Walau bagaimanapun, terdapat cara-cara untuk memasak sayur-sayuran anda dengan tidak menghilangkan nutrien sayuran yang penting iaitu dengan mengukus dan menumis.

Atas sebab tertentu, pilihan anda adalah merebus sayur-sayuran di dalam air, dengan menggunakan air lebihan sup atau stew supaya anda boleh dapatkan kembali nutrien sayuran tersebut.

Lebihkan Makan Fiber

Kesimpulan

Jika simptom anda menjadi lebih teruk atau perubahan diet seolah-olah tidak memberi apa-apa, anda mungkin berhadapan dengan keadaan yang serius atau kronik yang mana bukan pilihan gaya hidup anda. Ia akan sangat membantu anda untuk berjumpa dan bercakap dengan seorang pakar tentang masalah yang anda hadapi.

Walaupun kebanyakan masalah boleh diselesaikan hanya dengan membuat perubahan dalam diet dan gaya hidup anda, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor anda jika simptom anda tidak hilang dan masih berlarutan ya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Money Back Guarantee

Jangan risau, kami sedia memulangkan duit anda jika produk tidak berkesan(Tertakluk pada T&C). Sudah ramai pengguna yang membeli dari kami. Syarikat kami juga sudah lebih 1 tahun menjual secara online

© 2017 by Muhammad Syarizal b. Rahim/ 6April

bottom of page